Monday, October 8, 2012

Kebolehan Subjektif

Kebolehan kite jgn diperlekehkan...mmg benar kita patot merendah diri tp jgn perendahkan diri sendiri.... kite ambil setapak demi setapak untuk keluar dari kegelapan... jgn bingung dan tunggu sesuatu yg xpasti tp cari jln utk keluar...apa jadi kalau tggu tp tetap tidak diselamatkan... masa biar jd ukuran bkn penghalang... yg penting usahe yg bijak...jgn tergopoh2... buat keputusan dgn bijak...jadi lebih tenang... jgn hancurkan peluang yg ade... batasan tu tetap ade... kite boleyh. percayelah

Repeat call but dont repeat the silly mistake

kenapalah ak sungguh bodoh melakukan kesilapan yg same padahal ak pernah melaluinye dahulu...kan dah saket...butakah hati ak...xkn xnmpk n x rase...jgn terlalu percayekan hati sendiri.. hati itu sentiase bercampur dgn rase keinginan dan mahu percaye ape yg kte percaye sahaja.... tuk tahu sesuatu ambil fakta dgn mata...kemudian analisakan di minda elok2...baru ke hati...lg satu positif la selalu...tp jgn cpt percaye...research lg...sblm tindakan seterusnye... tapi hati ak selalu benar...naluri ak betol tp keadaan berubah ubah...penat nk follow. last2 xberfikir sblm bertindak...xmenyabar...jahanam jugak sume...nmpknye kesabaran itu juge penting...tp kne tgk sabar tu berbaloi lg atau tak... kalau nk bertahan lg teruskan tp jika tidak...tak perlu saketkan diri sendiri dan buat bende2 bodoh...belajarlah dr pengalaman...sekali ke depan jgn sesekali toleh ke belakang..byk lg menanti kite di depan...jgn putus harap....dunia ni adil...jika kite teruskan usahe mesti ade nt....kite semue juare sejak sperma lg...jgn mengalah...kite kuat...baek burok kite sendiri tahu...kalau hancur lg bermakne bertambah lg tahap kekuatan kite...telan saje kepahitan itu...bkn lame saketnye...sekejap saje...tahan siket je...msti boleh....jgn anggap diri kite lemah...krn kite jauh lebey kuat...kekuatan tu milik kite...

Monday, March 12, 2012

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku lebih tenang apabila mengingatiMu,
Walaupun aku diduga ya Allah.
Sesungguhnya dugaanMu mendekatkan lagi diriku terhadapMu ya Allah.
Alhamdulillah aku ucapkan kepadaMu.
Betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaMu ini ya Allah.
Peliharalah hamba Mu ini ke jalan keredhaanMu.

Amin.

Sunday, March 11, 2012

Aku rindukan dia...

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah ya Tuhanku...
Setiap hari aku berdoa agar ditetapkan imanku dan amalku terhadapMu
Kau tunkjukkan lah jalan agar sentiasa dekat kepadaMu dan menjauhi laranganMu ya Allah
Walaupun pahit untuk aku terima kenyataan apatah lagi untuk menempuhinya ya Allah
Maka kau berikanlah kekuatan kepada diriku ya Allah utk meneruskan hidup walaupun tidak berteman buat masa ini...
Sesungguhnya aku rindukan dia ya Allah...
Ya Allah ya Tuhanku...sesungguhnya Kau akan berada sentiasa dekat dengan hambaMu ketika saat hambaMu lemah dengan sentiasa mengingatiMu ya Allah...
Tunjukkan lah jalan agar aku lebih kuat dan tenang menghadapi dugaanMu ya Allah...
Sesungguhnya aku percaya akan janjiMu yang benar...

Amin.

Sesuatu Untuk Dikongsi; 20 Tips Murahkan Rezeki

Manusia pada tabiatnya suka kepada kesenangan dan kemewahan. Tapi kadang-kadang terlajak dan akhirnya memudharatkan diri. Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)


8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) Azza Wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.mohonlah kepada Allah…

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Tuesday, February 28, 2012

ujian dan hikmahnye

Assalamualaikum, Slm sejahtera..

Saat aku menulis post ini, aku sedang diduga dan diuji oleh Yang Maha Esa untuk mempelajari dan mendalami lebih tentang kehidupan. Aku percaya Dia tak akan menduga hambaNya diluar kemampuan mereka. Aku harus mencari jalan bagaimana untuk menempuhi dugaanNya dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Sesungguhnya mungkin ini adalah satu balasan untuk aku di atas kesilapan lampauku. Aku melupakanNya...asyik dengan duniawi..sibuk mengejar kemegahan duniawi sehingga lupa tentang ukhrawi.. Ya Allah sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa tanpaku sedari.. bawalah aku ke jalan yang benar dan diredhaiMu Ya Allah.. Hanya daripadaMu aku berlindung dan meminta bantuan. Kasihanilah aku Ya Allah.. Sesungguhnya aku menyesal di atas perbuatan ku dahulu Ya Allah. Ingatlah bahawa semuanya dipinjamkan kepada kita di dunia ini. Kita diamanahkan untuk menjaga dengan baik amanat Allah. Janganlah bermegah, lupa diri, tidak bertanggungjawab ke atas agamaNya setelah kita berjanji melafazkan kalimah syahadah dan menunaikan 5 rukun serta percaya 6 rukun. Yang pasti kita akan kembali kepadaNya. Itu yang pasti. Mengapa aku sering melupakanNya ketika aku senang?? MasyaAllah.. Mungkin sebab itu diturunkan ujian kepadaku untuk mengigatkan aku kepadaNya kembali..supaya aku kembali kepadaNya sebelum terlambat..betapa Maha Pengasih dan Penyayang yang Maha Besar itu. Sepatutnya aku tidak perlu risau tentang kemahuan diriku di dunia ini jika aku benar-benar ingat akan janjiNya... Dijanjikan kepada hamba2 Nya yang taat dan soleh akan memperoleh sesuatu yang berganda lebih baik di akhirat nanti jika tidak tercapai di dunia. Janji Allah itu benar dan pasti.. Allahuakbar. Semoga diriku sentiasa dilindungi oleh yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sepanjang hayatku di dunia. Hidupku di dunia hanyalah untuk sentiasa mengingatiNya dan janji benarNya yang pasti.

Thursday, April 14, 2011

...has made me to write again

fuh..fuh...fuishh...
i was blewing the bulky dust attached to this page..
haha. it has been decades I havent written anything good in this blog..

Well today has changed my thought..

Let me tell u a story..
While I was entertaining a customer at my workplace-->Easy RHB TMN DAGANG
=)..it was interupted with a phone call..

>>>>>phone ringing
ME: Hellooo

STRANGER: Luqman ade x?

ME:Haaa Luqman? (Gle ape bdak ni..ble mase name ak jadi luqman--monologue) Sape ni?

STRANGER: Haa xdgr laa..

ME: Sape ni? Sy bkn Luqman.

STRANGER: Ouh sy tersalah tekan..td sy ade mesej kat awak nk tanye pasal kamera tu tp rasenye tersalah no.

ME: tulah sy rase awk tersalah no ni. Camane awk dpt no sy n tau pasal kamera tu?

STRANGER: Errmm

ME: Name awk ape?

STRANGER: Ouh xpelah

ME: Ok bye

STRANGER: BYE


Not long after this pity stranger texted me;

STRANGER>>Saiful kamera canon tu still dijual ke? -nazmi-

(Siap tau name ak lg ni..mesti tgk blog ak.. x sangke ade jugak yg melawat blog ak ni)

Then I have started conver-text-ion with this stranger. Actually deep in my heart I really do appreciate with his words telling me that sometimes he did read and follow my blog. I never thought that there will be somebody out there reading it after it was long abandoned by me. Even more he is still remember few of my post eventhough the post was deleted a year ago. Hehe.

Automatically I open my netbook and start to chrome-link my blog...
Ive started to analyze each and every one of the post..
I was stunned for a moment. I never thought that I was the one who was constructing the posts.. then I just realized from the year 2009 till now I have changed in person. I wasnt the same person back in 2 yrs ago. Not saying totally different but my life n character have changed some part somehow without realizing it. Still there is a thing never changed till now.

Im also appreciate every pieces of my post because each one of them telling an honest story at the accordance of moments. It was like bringing back memory and emotions.

Sometimes we do forget for who we are but thank you I have started to remember who I was again.

I have started to feel want to write again. It is good to letting out your thought and feeling..

I think I should do it more often.

=)

Regards,
Cyful Nizam